Monday, April 30, 2012

Gelap

Dari pagi hingga malam,
kau setia.
Dari hujung sini ke hujung sana,
kau setia.
Dari Isnin hingga Ahad,
kau setia.
Dari atas ke bawah,
kau setia.

Bangun pagi, aku perlu kamu.
Masa mahu mandi, aku perlu kamu.
Ketika bersiap, aku perlu kamu.
Buat kerja rumah, aku perlu kamu.
Aku nak makan, aku perlu kamu.
Saat istirehat dan masa libur, aku perlu kamu.
Tonton rancangan kegemaran, aku perlu kamu.
Usai menggunakan segala gadget, aku perlu kamu.
Menyudahkan tugasan di dada laptop, aku perlu kamu.
Sebelum melelapkan mata sehingga lena dibuai mimpi, aku perlu kamu.

Silap aku cuma satu,
tapi kenapa perlu kau terus pergi meninggalkan aku?
Jujur, aku tidak sengaja.
Tidak sengaja lupa membayar bil mu, wahai TNB.

No comments:

Post a Comment