Bismillah hir-Rahman nir-Rahim.
Ya Allah,
terima kasih kerana pertemukan aku dan dia.
Ya Allah,
terima kasih membuka pintu hati aku untuk meraih cinta.
Ya Allah,
terima kasih kerana kurniakan aku lelaki yang di mata ku sempurna.
Ya Allah,
terima kasih kuatkan aku untuk bertahan dalam segalanya.
Ya Allah,
terima kasih kerana beri aku rasa bahagia.
Ya Allah,
jika ini memang jodoh aku, Kau kuatkan lagi rasa kasih dan sayang kami.
Ya Allah,
jika ini memang jodoh aku, Kau limpahkan tanpa had rasa percaya dalam hati kami.
Ya Allah,
jika ini memang jodoh aku, Kau jauhkan anasir buruk dari menghantui kami.
Ya Allah,
jika ini memang jodoh aku, Kau tunjukkan jalan yang benar dan redha-Mu pada kami.
Ya Allah,
jika ini memang jodoh aku, Kau berkatilah cinta kami.
Ya Allah,
jika dia bukan untuk aku, Kau kuatkan hati ini.
Ya Allah,
jika dia bukan untuk aku, Kau empangkan air mata ini.
Ya Allah,
jika dia bukan untuk aku, Kau buangkan saja segala kasih dan sayang sayang ini.
Ya Allah,
jika dia bukan untuk aku, Kau tanamkan rasa benci dalam diri ini.
Ya Allah,
jika dia bukan untuk aku, Kau buktikan saja hari ini.
Ya Allah,
doa aku hanya mahu menjadi suri hidupnya.
Ya Allah,
doa aku hanya mahu menjadi teman sehidup sematinya.
Ya Allah,
doa aku hanya mahu menjadi pelengkap tulang rusuk kirinya.
Ya Allah,
doa aku hanya mahu jadi ibu kepada anak-anaknya.
Ya Allah,
doa aku hanya mahu yang terbaik buat aku dan dirinya.
Amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment