Monday, April 30, 2012

Bersih 3.0

28/04/12 - Aku bangga jadi rakyat Malaysia yang gah di mata dunia. Gah kononnya aman dan damai, rakyat berbilang kaum yang sehati sejiwa. Tapi semua itu hanya tinggal konon. Ya, konon.

28/04/12 - Aku bangga jadi rakyat Malaysia kerana tarikh ini sekali lagi kita mencipta sejarah baru. Persetankan kisah Parameswara, abaikan cerita Tun Abdul Rahman. Hari ini kita dah punya sejarah baru. Tahniah Malaysia!

28/04/12 - Aku bangga jadi rakyat Malaysia yang punya ramai warga muda seusia yang lantang bersuara, juga hebat memberi penerajang. Mereka inilah yang seusia aku bakal memimpin negara masa hadapan. Mereka inilah juga yang akan menjadi tokoh serta idola anak-anak ku. Wah, pasti Malaysia lebih maju dan membangun di masa depan. Bagus!

28/04/12 - Aku bangga jadi rakyat Malaysia yang dapat menayangkan kepada para pelancong perangai warganegaranya. Gaya semua umpama adiwira-adiwira The Avengers. Mereka bisa memusnahkan segala yang ada. Wow, superhero kita.

28/04/12 - Aku bangga jadi rakyat Malaysia yang melanggar segala peraturan yang ada, yang menentang polis pembantu kala susah. Malaysia sekarang tidak perlu lagi peraturan bukan-bukan, tidak perlu lagi polis kiri kanan. Kita kan "aman damai".

28/04/12 - Perhimpunan Bersih 3.0 yang berlangsung bersama berjaya membersihkan rasa bangga dalam hati aku. Bersih - sebersihnya. Bak baju kotor yang bersih tanpa kotoran, hati dan rasa aku juga bersih tanpa rasa bangga dan selamat.

No comments:

Post a Comment