Wednesday, January 23, 2013

Tak Menang Tangan

Bukan sengaja terus menyepi,
cuma hidup makin tidak tentu arah.

Dan sampai suatu masa nanti,
pasti aku akan tanpa henti mencurah.

Monday, November 26, 2012

1,703

Esok,
genap satu ribu tujuh ratus tiga hari.
Cinta dalam hati.
Kasih penuhi jiwa.
Moga terus bersemi.
Jangan biar ia mati.

Ingat,
jangan biar ia mati.
Mohon,
jangan biar ia mati.

Selamanya.

Mengapa Dan Kerana

Aku tak perlukan "kerana" jika suatu hari kau bertanya "mengapa" aku jatuh cinta pada kamu.

Untuk Kita

Maaf dari hati.
Mungkin sudah menyakiti kamu.
Mengubah kedudukan hati kamu.

Boleh beri aku kebenaran buat sesuatu?
Boleh aku letak semula hati aku di tempatnya?
Boleh aku masukkan hati aku di dalamnya kembali?
Boleh kan, syurga hati?

Kadang aku celaru.
Kadang aku keliru.
Tapi, aku tak mahu "kita" yang tercipta ini musnah hanya begitu.

Kamu perlu tahu.
Kadang aku merindui lebih dari yang kamu mengerti.
Kadang aku mencintai kamu lebih dari yang kamu tahu.

Sayang, 
aku tak bisa jauh lagi dari kamu.
Tuhan,
beritahu aku cara untuk selamatkan "kita".

Sama Rata

Seperti mana aku tidak pernah mendoakan kehancuran kau,
kejatuhan kau.
Dan, seperti mana aku tidak pernah mengharapkan kemenangan kau.

Aku juga tidak perlu apa-apa dari kau.

Dunia Ini Bukan Antara Aku Dan Kau Saja

Should I keep on writing stories till my inside starts bleeding,
or throw down my arms before the scars stay never-healing?


I can't bear to steal your family, or the freedom that you choose.
I'll keep walking with my beliefs, so are we both ready to lose?

Friday, October 26, 2012

Antibiotik Hati

Ada baiknya semua yang membuatkan kita terluka, terus dilupakan saja. Tak perlu dan tak penting untuk menjadikannya suatu kisah yang berhujung dendam, dan akhirnya saling menyakiti.

Hidup memang seperti ini, selalu ada yang datang dan kemudian pergi.

Ada yang membuat kita bahagia, hingga terbang menggapai awan. Ada juga yang membuat kita derita, hingga terperuk tak mampu berdiri.

Luka aku ini semuanya biasa-biasa saja. Tapi, aku mohon moga kau tak terbiasa terus melukai hati mereka yang menyayangi kau.