Monday, November 26, 2012

Untuk Kita

Maaf dari hati.
Mungkin sudah menyakiti kamu.
Mengubah kedudukan hati kamu.

Boleh beri aku kebenaran buat sesuatu?
Boleh aku letak semula hati aku di tempatnya?
Boleh aku masukkan hati aku di dalamnya kembali?
Boleh kan, syurga hati?

Kadang aku celaru.
Kadang aku keliru.
Tapi, aku tak mahu "kita" yang tercipta ini musnah hanya begitu.

Kamu perlu tahu.
Kadang aku merindui lebih dari yang kamu mengerti.
Kadang aku mencintai kamu lebih dari yang kamu tahu.

Sayang, 
aku tak bisa jauh lagi dari kamu.
Tuhan,
beritahu aku cara untuk selamatkan "kita".

No comments:

Post a Comment