Saturday, September 8, 2012

Dancing Under The Sunlight

Dua gadis alaf baru. Afdal aku namakan sebagai Alicia dan Suzanne. Mereka berdua berbangsa Melayu, tiada darah German mahupun Amerika. Nama saja mungkin sedikit London. Gadis alaf baru kan, nama pun kena lah hipster. Gadis sunti yang punya persamaan dan perbedaan tersendiri. Yang sama cuma satu. Yang beda juga satu.

Persamaan mereka adalah sama-sama penari. Bukan, bukan penari genre yang sama. Mungkin Alicia minat pada Mak Yong, sedangkan Suzanne pada Street Dance. Tapi aku tak mahu kisahkan genre tarian mereka. Bukan aku tahu apa pun. Dan bukan genre tarian yang membedakan mereka. Tidak sama sekali.

Yang berbeda adalah begini...

Alicia mulakan derap langkah, menghayun tubuh mengikut rentak dengan bertemankan hati yang berbunga ceria disimbahi senyuman mentari. Girang bukan kepalang. Badan dibawa kiri ke kanan, dengan ditemani senyuman menawan. Senyuman paling ikhlas, amat bahagia. Tarian yang fantastic kerana Alicia menari dengan rasa gembira.

Suzanne pula menari bersemangat mengikut lagu yang makin merancak namun ditemani hati yang ranap hancur musnah bagaikan balang kaca yang jatuh berkecai. Senyum itu ada pada mulut, bukan pada hati. Longlainya badan mengikut rentak tarian dengan pedih hati yang direntap. Senyuman paling palsu, bukan main derita. Tarian yang awesome kerana Suzanne menari dengan penuh kesedihan.

Dan, konklusi kisah mereka - a dancer can dance under two condition : a heart full of passion or a complete broken heart, in and out.

Hidup ini kadang-kadang harus terus hidup seperti biasa walau ada masa mentari sinar menerangi atau ada ketika guruh berdentum bawa suram. Dan sekali lagi, kalau tak faham maknanya tak hipster lah! Haha.

No comments:

Post a Comment