"Kenapa putus?"
"Dah tak ada jodoh, mungkin."
Itu antara jawapan logik bila putus cinta. Walaupun ada masanya si mangsa situasi ragu dan sendiri tidak pasti sebabnya, sekurang-kurang jawapan menyedapkan hati sendiri dan menyedapkan halwa telinga orang lain pasti ada.
"Kenapa putus?"
"Hmm."
Diam dan diam dan terus diam.
Itu jawapan aku bila orang bertanya tentang soal putus. Kenapa aku diam tanpa jawapan? Sebab ini bukan soal putus cinta tapi, putus kawan. Penjelasan putus kawan itu lebih menyakitkan dan menyukarkan sebenarnya berbanding putus cinta. Ini teori otak dan fakta kehidupan aku.
hai!if u understand with my writting just follow me..m-hakimi.blogspot.com..tq!
ReplyDelete