"Kau ni asyik makan benda alah itu je. Nanti jatuh sakit, tak ke menyusahkan aku. Eish!"
Diam. Senyum. Hirup. Makan. Menikmati.
Bukan tak ada duit. Bukan tak ada kedai makan. Bukan tak ada selera. Tapi itu memang selera Razak. Ikutkan jiwa raga, mahu daripada sarapan hingga makan tengah malam pun dia bedal mi cawan tu. Stok dalam loker asrama tu tak ada benda lain dah. Penuh dengan mi cawan je. Dah boleh buat business gayanya.
Budin, teman sebilik Razak. Bukan dia kisah pun sebenarnya apa Razak nak makan. Kadang-kadang bila hujung bulan, dengan dia sekali bedal mi cawan sambil menghadap skrin laptop siapkan assignment. Tapi Budin risau. Risau tengok obsesi Razak pada mi cawan. Risau kalau teman sebilik dan sekuliahnya itu pengsan dan jatuh sakit.
Setahun yang sudah, mi cawan bukan kegemaran Razak.
"Eii, entah siapa lah yang pemalas sangat sampai boleh keluar idea bodoh buat Hot Cup ni." "Sedap lah you. I suka." "Baik makan mi goreng ke apa dari makan makanan bawa penyakit ni." "Makan sihat-sihat pun nanti mati lah."
Setahun yang sudah, itu konversasi Razak dan Melati. Melati, gadis yang tak buruk dan tak begitu cantik tapi sempurna di mata Razak. Gadis yang sentiasa menemani hari Razak.
Satu hari Melati jatuh sakit. Demam. Sikit saja pun tapi biasalah kaum Hawa, mengada yang lebih.
"I lapar. Lagipun, I kena makan before makan ubat." "You nak makan apa? Jom I bawa." "Tak tahu lah. Tak ada selera." "Jangan lah macam ni. Nanti sakit lain yang muncul." "Belikan Hot Cup, please." "Ah! Tak ada makanan lain yang lebih bertamadun ke?" "Ala, I kan sakit."
Walau tak suka, Razak terpaksa turutkan. Nanti kalau tak beli, satu haram apa pun Melati tak nak makan. Bukan Razak tak biasa dengan kepala batu Melati. Tiga tahun bersama, masak sangat dengan perangai pacarnya itu. Jadi, mi cawan untuk Melati dan dan Nasi Goreng Kampung untuk diri sendiri ditapau Razak.
Makan.
"I tak habis lah. You tolong habiskan." "Tak nak lah." "Tolong lah. Sikit je lagi." "Buang je lah. I tak nak." "Tak baik membazir." "I tak nak. I dah kenyang ni dengan Nasi Goreng Kampung selambak." You sayang I kan? Habiskan lah." "Sayang dan Hot Cup tak ada kaitan. I tak nak." "Fine!"
Sisa mi cawan yang masih separuh Melati campakkan ke tong sampah dan kemudian berlalu naik ke bilik asramanya. Razak pulang ke blok asramanya. "Merajuk la tu."
Seminggu Melati merajuk. Razak pun malas nak memujuk. Hal kecil kot. Pasal mi cawan. Buang masa nak pujuk je. Minggu seterusnya, Razak pula demam. Demam teruk. Yang tukang jaga, bukan Melati tapi Budin. Yang belikan makanan, bukan Melati tapi Imran, budak bilik sebelah. Khabar Melati masih tiada.
"Kau sampai bila nak macam ni?" " Aku okay lah. Aku risaukan Melati. Seminggu dah ni merajuk, tak dengar khabar berita. Pasal Hot Cup je pun." "Balik-balik Melati." "Girlfriend aku kot."
Dua minggu yang sudah, selepas pertengkaran dan Melati membawa rajuk. Sisa mi cawan yang tinggal separuh dibawa Melati untuk dibuang di seberang jalan dan terus naik ke biliknya. Malangnya Melati dilanggar sebuah Myvi yang meluncur laju dalam kawasan asrama. Tanpa kata-kata, tanpa pesanan dan tanpa ucapan selamat tinggal, Melati menghembuskan nafas di dada jalan. Razak tergamam, diam. Hati Razak berbisik, "Kalau aku habiskan saja Hot Cup tu kan tak jadi macam ni.".
Ya, itu kisah setahun yang lalu. Dan sehingga kini, Razak masih belum menerima sepenuhnya yang Melati telah pergi. Sejak itu, yang menemani hari Razak bukan lagi Melati. Tetapi mi cawan. Kerana mi cawan sahaja yang membuatkan Razak dekat dengan Melati.
"Tengok, I habiskan Hot Cup you. Itu tanda I sayang you. Hot Cup dan sayang ada kaitannya.", bisik hati Razak hampir setiap masa, setiap hari.
No comments:
Post a Comment