Sunday, May 6, 2012

Andai

Tuhan ku.
Andai aku begitu faham rencana Mu dalam hidup ku,
aku mungkin tidak banyak bertanya.
Andai aku mengerti jalan fikiran Mu,
aku mungkin tidak banyak menuntut.
Andai aku mempunyai hati yang lapang untuk menerima semua pemberian Mu,
aku mungkin akan bersyukur untuk segala nikmat Mu.
Andai aku kuat dan tegar di saat aku ditimpa musibah,
aku mungkin tidak akan seteperuk ini.

Tuhan ku.
Andai aku mahu berjalan di jalan Mu,
aku mungkin tidak tersesat.
Andai kesabaran itu memenuhi hati, jiwa dan fikiran ku,
aku mungkin akan mendapatkan apa yang aku inginkan.

Betapa engkau Maha Agung Ya Tuhan.
Engkau mengenal aku jauh lebih daripada aku mengenal diri aku sendiri.

No comments:

Post a Comment