Monday, April 30, 2012

Aku

Aku seorang penulis.
Menulis cerita luka saban waktu,
mencoret kepahitan hidup.
Yang sering mengganggu.
Agar berkurangan kesusutan fikiranku.

Aku seorang pelukis.
Melukis wajah-wajah luka,
yang terbiasa di depanku.
Agar bisa kutemui,
lakaran sebenar sebuah diri.
Bukan hanya figura kosong tak berisi.

Aku seorang penyajak.
Membisikkan kata pujangga.
Setiap waktu... agar terkupas
suratan jutaan rasa,
suratan pelbagai makna.
Terlalu besar jurang di antara.

Aku seorang pelakon.
Melakonkan watak bernama aku,
di pentas dunia yang fana.
Demi menghibur hari mereka.
Bukanlah sesuatu yang luar biasa

Namun,
Benarkah aku penulis atau pelukis?
Betulkah aku seorang puitis, mungkinkah pelakon?
Atau, aku hanya seorang penghibur lara?
Bercerita dan bercerita,
perkara dongeng tiada kebenarannya.

No comments:

Post a Comment